Up All Night !
ALWAYS WANT TO BE THE GOOD ONE :)
Wednesday, 6 June 2012 | 04:48 | 0 comments
Assalamualaikum

Memang sudah menjadi kebiasaan, setiap orang akan memberi pendapat atau pandangan tersendiri kepada apa jua situasi atau perkara. Atau lebih mudah difahami sebagai kritikan. Sebenarnya, setiap kritikan ada baiknya dan ada juga buruknya. Adakalanya, bila orang mengkritik atau memberi pendapat, boleh menimbulkan pergaduhan dan yang lebih teruk, boleh menimbulkan kemarahan sehingga mengeruhkan keadaan.

Tak perlulah sampai begitu sekali. Kita boleh berfikirkan? Cuba kita fikir. Fikir poositif terhadap apa yang orang katakan. Contohnya:

>>Bila pakai pakaian yang tak sesuai bila bertudung atau menjolok mata. Sebenarnya kritikan ni bukannya satu kutukan. Ianya macam nasihat juga. Okay , ada sesetengah hamba Allah ni, bila ditegur cara berpakaian yang tak elok , dia boleh pula cakap "Kubur masing-masing, so tak payah nak jaga tepi kain orang lain"
 Haa, nampak tak betapa sombongnya orang macam tu. Cuba bayangkan, bila mati nanti , siapa yang akan mandikan kita? Siapa yang akan sembahyangkan kita? Siapa yang akan kebumikan kita? Janganlah kita sombong sangat, cuba terima seadanya bila ditegur. Kan ? 

>>Bila membuat sesuatu yang tidak berguna. Contohnya merempit, meragut, merompak dan lain-lain.
Persoalannya, apa yang kita dapat bila buat semua tu? seronok ? Seronok bila dapat duit lepas merompak,meragut. Hmm, baru-baru ni dalam surat khabar ada isu pasal MAT REMPIT membelasah seorang polis dengan helmet sehingga koma. Cuba bayangkan betapa keringnya hati mamat tu sampai sanggup belasah orang yang tidak bersalah. Inilah contoh yang paling dahsyat. Sanggup melakukan apa sahaja untuk kepuasan diri.
Kita manusia tiada yang sempurna, jadilah seorang yang mempunyai hati yang bersih dan terima seadanya bila ditegur atau dinasihati. Jangan jadikan hati tu keras macam batu. Bak lirik lagu #OmbakRindu " Tuhan tolong lembutkan hati dia.." 
Haa lembut kan hati masing-masing. Jangan sombong k. Tak elok. :)
Assalamulaikum :)



Older Post | Newer Post
The Owner

I hate that I miss you. I hate that you forgot about me. I hate that you don't want me. I hate that I still care about you.

Tagboard


Tourist
buy tramadol 50mg hcl
ClickHere


Credits
Template design by : AlinAfina
Edit by : CahayaPencinta

All right reserved by the owner