Up All Night !
TELADAN UNTUK KITA SEMUA.
Friday, 1 June 2012 | 02:05 | 0 comments
Assalamualaikum :)


Haha ! The Red :) wohoo.

Hari ini nak berkongsi cerita sikit pasal TELADAN . Tadi terbaca dekat surat khabar tentang kisah pengajaran  oleh Imam Ghazali . 

Imam Ghazali ada bertanya kepada murid-muridnya. Antara soalannya:

Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?

Haa ? Kalau korang jawab apa? Kalau aku, terus terfikir parents kita lah :). Tapi sebenarnya jawapan nya kematian . Yelah, yang paling dekat dengan kita ialah MATI . Sebab itu memang janji Allah  bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati . (Surah Ali-Imran)


Apa yang paling jauh daripada kita di dunia ini? 

Mungkin bulan? Mungkin juga Negeri Cina? Hihi. Semua jawapan tu betul. Tapi yang paling tepat adalah MASA LALU . Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, kita tetap tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab tu, kita gunakan lah hari ni, esok dan hari yang akan datang dengan sebaik mungkin dengan perbuatan yang diredhai Allah :)


Apa yang paling besar di dunia?

Ada yang jawab gunung lah, matahari dan juga ada jawab bumi.  Tapi yang paling besar adalah hawa nafsu (Surah Al A'raf) . The moral of this , kita kena hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa ke neraka.


Apa yang paling berat di dunia?

Gajah pun berat . Tapi memegang amanah lah yang paling berat . Tumbuh-tumbuhan , binatang, gunung, dan malaikat semua tak mampu masa Allah minta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia. Tapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah. 


Apa yang paling ringan di dunia?

Paling ringan sekali di dunia ini adalah meninggalkan solat. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat. #Aku rasa ramai orang yang macam ni kan ? 


Apa yang paling tajam sekali di dunia?

Agak-agak apa eh? Pedang lah kan. Hm , tapi sebenar nya lidah lah yang paling tajam. Sebab, melalui lidah , manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri. #Betapa tajam nya lidah ni kan.  Sampai boleh mengguris hati seorang ibu tau. 


Assalamualaikum <3



Older Post | Newer Post
The Owner

I hate that I miss you. I hate that you forgot about me. I hate that you don't want me. I hate that I still care about you.

Tagboard


Tourist
buy tramadol 50mg hcl
ClickHere


Credits
Template design by : AlinAfina
Edit by : CahayaPencinta

All right reserved by the owner